Showing posts with label pengenalan diri. Show all posts
Showing posts with label pengenalan diri. Show all posts

Tuesday, 23 December 2014

Salam perkenalan..

TEKS : SUZILA SAID

#entri : 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam perkenalan dari saya Suzila binti Said.  Anak kelahiran negeri Terengganu. Saya dilahirkan pada 15 Oktober 42 tahun yang lalu dan membesar di Kampung Jabi Besut.  Saya memulakan dunia persekolahan di Sekolah Kebangsaan Jabi sehingga darjah enam.  Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Nering sehingga SPM.  Seteruskan saya berhijrah ke Negeri Selangor Darul Ehsan dan berkampung selama tujuh tahun di UPM Serdang.  Meneruskan pengajian diploma dan Ijazah di sana.

Setelah tamat pengajian, saya memulakan tugas yang pertama sebagai Pengurus di sebuah Resort dan Training Centre di tempat kelahiran.  Dengan tujuan untuk menjaga ibu dan ayah di kampung.  Dengan keadaan ayah pada masa itu yang selalu sakit  dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kota Bharu.  Ayah meninggalkan kami pada tahun 1998.

Saya bertemu jodoh dan berhijrah semula ke Selangor kerana mengikut suami ke Shah Alam. Dikurniakan empat orang cahaya mata.  Memulakan tugas sebagai seorang guru di Klang.  Kerjaya seorang guru sememangnya amat banyak cabaran sehingga terkadang rasa diri tidak mampu untuk menempuh ke penghujung perkhidmatan.

Saya bertemu dengan Saudari Anys di alam maya dan mendaftar di kelas Asas Blog ini dengan harapan dapat belajar sesuatu yang baru dan menempuh cabaran baru.  Bidang ini sememangnya amat baru bagi saya dan saya amat berharap agar dapat tunjuk ajar serta doa dari semua agar saya dapat mengikutinya dengan mudah.  Terima kasih semua.

Wednesday, 10 December 2014

Mulanya di sini.......





Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Salam perkenalan dan semoga semua berada dalam rahmat ALLAH.  Satu permulaan untuk sebuah perjalanan yang jauh.  Ada baiknya dikita mulakan kehidupan setiap hari dengan SEDEKAH. Sedekah yang paling mudah iaitu SENYUM.

Jom kita mulakan dengan memberikan senyuman yang paling manis untuk:

...............diri sendiri

..............orang di sebelah kanan/kiri

..............orang disekeliling jauh/dekat

..............orang yanglama/baru dikenali

..............orang tua/muda

Sebenarnya kita sedang menjalinkan SILATURRAHIM..dan sedang menjana pahala dari ALLAH SWT...kan mudah tu...dapat dua pahala sekaligus..pahala sedekah dapat dan pahala menjalinkan silaturrahim pun dapat..banyak untung....

Baiklah...nanti kita jumpa lagi....