Monday 19 December 2016

CUTI OH CUTI

TEKS : SUZILA BT SAID

ENTRI : #10

Coretan tahun lepas semasa mula-mula bela kucing:

Lebih kurang dua minggu lagi sekolah akan dibuka semula untuk semester satu 2016.   Sibuklah semua ibu bapa menyiapkan segala persiapan untuk anak-anak mereka bagi menhadapi musim baru tahun depan.  Kami pun macam tu lah juga, sibuk dengan segala persiapan untuk anak-anak empat orang ni sambung persekolahan mereka di sekolalah menengah dan rendah.

Dalam tengah sibuk dan kalut menyiapkan persiapan sekolah, kami didatangi oleh tetamu yang tidak diundang dan tidak terlintas pun difikiran untuk menerima tetamu ini.  Mungkin tetamu ini sebenarnya telah diutuskan oleh Allah kepada kami.  Akhirnya kami menerimanya dengan redha.  Mereka datang bukan satu tapi lima beranak.

Pada mulanya hanya ibunya yang datang bertandang ke rumah sebab anak-anak saya memang suka beri makan kucing-kucing yang tidak bertuan ni.  Pada satu petang terdengar bunyi kucing mengiow di tepi tingkap bilik utama.  Mula-mula ingatkan kucing jiran jer yang buat bising.  Sekali anak-anak buat siasatan dan terlihat kucing ni beranak di luar tingkap.  Kucing dengan empat ekor anak-anak yang masih kecil. Ohhh... macamana ni...panik semua orang dalam rumah.  kami tiada pengalaman membela kucing... lebih-lebih lagi kucing yang dalam pantang ni.. Akhirnya anak yang sulong dapatkan kotak dan lapik tuala lama dan alihkan anak-anak kucing ke dalam kotak sebab hari pun dah nak hujan.

Petang tu juga kami pergi ke pet shop dan belajar sikit sebanyak tentang peel dan tabiat kucing ni. Do and don't .  Banyak juga yer pantang larang penjagaan kucing ni.  Tapi yang mula-mula sekali tentu lah tempat tinggalnya, makan minumnya dulu yang paling asas.  Maka kami pun sediakan lah serba sikit untuk kelengkapan mereka ni agar lebih selesa.

Sekarang ni anak-anak habiskan masa cuti dengan menjaga kucing ni sebagai hobi baru mereka.  Bagus juga untuk mereka sebagai latihan dalam memupuk rasa bertanggungjawab dan penyabar dengan kerenah anak-anak kucing.   Apa pun kucing-kucing ni sangat comel dan anak-anak sangat sukakan mereka.  Cuti sekolah kali ni mereka ada tugas yang mencabar terutama dalam menguruskan buangan kucing-kucing ni...(hehe...biar mereka ada rasa tanggungjawab menjaga kebersihan  sangkar kucing agar sentiasa bersih dan yang penting tidak berbau).

Antara barang2 asas dalam penjagaan cik kuceng ialah:

 cik kuceng yang manja
 bekas makanan cik kuceng
 bekas minuman cik kuceng
makanan cik kuceng



REZEKI

TEKS  :   SUZILA SAID
ENTRI  # : 9

Assalamualaikum. wah lama betul tak buka blogspot ni.. dan bersawang semua dah.
Kiranya setahun dah lah ni duk relax sensorang dalam ni.  Nasib baik hari ni duk godek2 laptop ni terjumpa pula dengan blogspot.  baru teringat rupa2nya ada homework yang belum siap. (Hehe..mesti cikgunya marah sambil bawa rotan panjang, sorry tecer Anys)

Hari ini ada kawan share something yang cukup menyentuh hati. Kadang2 kita mengambil mudah dengan semua perkara yang ada di sekeliling kita.  Sebab kita sibuk mencari rezeki. Macam lah rezeki tu hanya duit semata2. Kalau banyak duit tu maknanya murah rezeki, kalau banyak rumah maknanya rezeki melimpah kalau banyak banglo, kiranya rezeki  bukan sahaja melimpah, tapi dah kira melimpah ruah. Kita yang kecilkan konsep rezeki. Padahal rezeki tu amat luas.

Rezeki kesihatan bila kita ada keupayaan dan sihat tubuh badan untuk meneruskan aktiviti seharian, itu pun kira rezeki juga. Katakan kita sakit, rezeki kita ialah kelebihan kita berbanding orang lain. Katakan kita sakit kaki, cuba tengok penderitaan orang yang sakit kanser, kan yang dikatakan sakit kita tu lebih ringan berbanding orang yang sakit kanser. Bersyukurlah. Bagi orang yang sakit kanser, rezekinya ialah Allah hendak berikan pahala di atas kesabaran dan ketabahn menghadapi penyakit tersebut.

Konsep rezeki ni luas sebenarnya. Antara lain lagi ialah kita murah rezeki sebab di kelilingi keluarga suami dan anak2 yang sentiasa menyayangi kita. Kita ada kawan2 yang selalu ada bersama kita waktu susah dan senang. Kita ada kerjaya yang baik. Kita ada waktu lapang yang membolehkan kita menlakukan segala jenis hobi.  Dan segala jenis rezeki dalam kehidupan kita.

Jadi bersyukurlah...kerana kita sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah.

ALHAMDULILLAH..