Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Sunday, 7 July 2019

BUAH JAMBU KAYU@JAMBU BOL@JAMBU SUSU

                                       


TEKS :  SUZILA BINTI SAID
ENTRY # : 12

Saya panggil buah ni dengan jambu kayu. Tapi ada kawasan-kawasan lain panggil buah jambu bol @ jambu susu.  Mungkin sebab warnanya putih dan merah jambu.  Zaman kecil-kecil dulu banyak pokok jambu ni, serata kampung ada jer pokoknya. Tapi sekarang ni macam susah jer nak jumpa buah jambu kayu ni. Kenapa entah...

Jom kita berkenalan dengan buah ni....

Nama saintifik :  Syzygium malaccense  
Nama biasa      :  Jambu bol/jambu kayu/jambu susu
Famili              :  Myrtaceae
Asal                 :  Malaysia dan Indonesia
Didapati           :  Malaysia, Indonesia, India, Asia Tenggara, Amerika Tengah, Amerika Selatan.

Jambu bol ini ditanam menggunakan biji benih.  Pokoknya tinggi lebih 3 meter.  Ianya tumbuh di kawasan yang banyak menerima hujan.  Bunganya cantik berwarna pink. Bila musim pokoknya berbunga sekitar pokoknya cantik macam hamparan karpet pink.

Buahnya bulat lonjong, mempunyai biji di dalam.  Bijinya bulat seperti guli besar.  Buahnya rasa masam manis. rangup dan bila masak ranum tekstur buahnya jadi lembut dan juicy. Sedap di makan fresh dan dibuat cicah dengan kicap.

                                                       Imej mungkin mengandungi: makanan



Monday, 19 December 2016

REZEKI

TEKS  :   SUZILA SAID
ENTRI  # : 9

Assalamualaikum. wah lama betul tak buka blogspot ni.. dan bersawang semua dah.
Kiranya setahun dah lah ni duk relax sensorang dalam ni.  Nasib baik hari ni duk godek2 laptop ni terjumpa pula dengan blogspot.  baru teringat rupa2nya ada homework yang belum siap. (Hehe..mesti cikgunya marah sambil bawa rotan panjang, sorry tecer Anys)

Hari ini ada kawan share something yang cukup menyentuh hati. Kadang2 kita mengambil mudah dengan semua perkara yang ada di sekeliling kita.  Sebab kita sibuk mencari rezeki. Macam lah rezeki tu hanya duit semata2. Kalau banyak duit tu maknanya murah rezeki, kalau banyak rumah maknanya rezeki melimpah kalau banyak banglo, kiranya rezeki  bukan sahaja melimpah, tapi dah kira melimpah ruah. Kita yang kecilkan konsep rezeki. Padahal rezeki tu amat luas.

Rezeki kesihatan bila kita ada keupayaan dan sihat tubuh badan untuk meneruskan aktiviti seharian, itu pun kira rezeki juga. Katakan kita sakit, rezeki kita ialah kelebihan kita berbanding orang lain. Katakan kita sakit kaki, cuba tengok penderitaan orang yang sakit kanser, kan yang dikatakan sakit kita tu lebih ringan berbanding orang yang sakit kanser. Bersyukurlah. Bagi orang yang sakit kanser, rezekinya ialah Allah hendak berikan pahala di atas kesabaran dan ketabahn menghadapi penyakit tersebut.

Konsep rezeki ni luas sebenarnya. Antara lain lagi ialah kita murah rezeki sebab di kelilingi keluarga suami dan anak2 yang sentiasa menyayangi kita. Kita ada kawan2 yang selalu ada bersama kita waktu susah dan senang. Kita ada kerjaya yang baik. Kita ada waktu lapang yang membolehkan kita menlakukan segala jenis hobi.  Dan segala jenis rezeki dalam kehidupan kita.

Jadi bersyukurlah...kerana kita sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah.

ALHAMDULILLAH..

Tuesday, 24 November 2015

CUTI OH CUTI (Episod 1)




TEKS  :  SUZILA BT SAID

# ENTRI  :  7

Minggu ni dah mula cuti sekolah.  Cuti akhir tahun 2015.  Bermula lah episod menjadi babysitter di rumah sendiri.  Jenuh lah jugak nak menjaga empat orang anak-anak ni.  Macam-macam ragam yang kena hadap setiap hari.

Pagi-pagi hari dah nak kena fikir untuk sarapan diaorang ni.  Macam dah kena buat menu untuk seminggu rasanya.  Buat macam asrama terus.  Menu setiap hari dah ada.  Baru senang nak bergerak.  Itu baru untuk sarapan.. belum lagi untuk makan tengahari.. petang... malam....  Pergh... penat macam ni.

 Biasa masak hanya untuk malam sahaja. Sarapan hanya sempat bancuh Tamarcocoa pagi hari tu pun dah kira ok.  Nasib baiklah ada Tamarcocoa.  Mudah lah sikit kerja.  Dapat lah meringan kan sikit kerja menyediakan sarapan pagi. Dorang pun faham dan tak banyak kerenah.  Minum Tamarcocoa dan cicah jer dengan roti.  Siap... sarapan untuk pagi sblm tunggu van ke sekolah.

Cuti-cuti ni dorang pandai la pulak demand macam-macam untuk sarapan.  Nasi lemak, nasi goreng, teh tarik sedap, lempeng.  Tapi sekali-sekala dalam cuti ni lah kita boleh masak sambil ada helper.  Sorang kupaskan bawang.  Sorang potong sayur. Sorang basuh pinggan. Sorang sediakan meja. Cepat jer semua kerja bila masing-masing rajin pulak membantu.


sarapan pagi dengan Tamarcocoa dulu


Wednesday, 24 December 2014

Banjir oh banjir

Teks :  Suzila Said

#entri : 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Minggu ini seluruh negara gempar dengan berita banjir.  Terutama negeri-negeri di pantai timur semenanjung Pahang, Terengganu dan Kelantan.  Tahun lepas 2013 nampaknya Pahang dan selatan negeri Terengganu seperti Kemaman dan Dungun terkena banjir yang teruk.  Tahun ini 2014 utara Terengganu Setiu dan Besut serta Kelantan mendapat ujian banjir yang hampir semua hubungan darat ke negeri Kelantan terputus.  Semoga Allah melindungi semua sahabat dan saudara mara di sana.

Terputus hubungan darat bermaksud terputus bekalan makanan dan minuman, pakaian dan apa saja pertolongan untuk di sampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di sana.  Bayangkan keadaan mereka di sana. Sedih dan hiba terasa, dalam keadaan kesejukan tanpa makanan yang mencukupi.  Mereka semua di sana sedang menanti bantuan dari pihak yang terlibat.  Ada beberapa mesej dari kawan-kawan di sana menyatakan bantuan sukar sampai ke sana kerana arus air terlalu deras.  Mereka yang berkumpul di satu bangunan sekolah sedang memerhati air terus naik dari tingkat satu ke tingkat dua dan mereka berkumpul di tingkat tiga dalam keadaan berjaga-jaga. Ada yang menyatakan seumpama satu mimpi dan tidak percaya dengan keadaan ini.  Tapi realitinya itulah dihadapi sekarang.  Mereka dalam kelaparan... kesian dengan anak-anak kecil.  Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini dengan sabar.  Sesungguhnya dalam keadaan ini pertolongan Allah pasti sampai semoga mereka sabar, bertawakkal dan memohon hanya pada Allah.

Tanah runtuh di sana sini dan rumah hanyut bagaikan sampan di lautan, jalanraya terbelah dan berlubang, rumah tenggelam, kereta hanyut, anak-anak hanyut runtum hati melihat keadan ini.  Ini semua ujian supaya kita semua berfikir yang ada kuasa yang lebih besar dalam mentadbir alam ini iaitu Allah S.W.T.  Sesungguhnya jika Dia katakan jadi...maka JADI lah sesuatu walaupun tak terfikir dek akal kita.  Apa yang boleh kita buat hanyalah memohon keampunan dariNya atas segala kesalahan dan kesilapan serta dosa kita dan memohon pertolongan dariNya.

Jom kita berdoa memohon agar ALLAH selamatkan mereka yang terkena musibah banjir ini.  Kita doakan agar mereka tetap bersabar dan beriman serta menerima takdir ini dengan redha.