Thursday 25 December 2014

Angin dalam badan

Teks :  Suzila Said

# entri : 4

Assalamualaikum... dan selamat sejahtera

Dah makan?  Makan apa hari ni?

Ini adalah persoalan biasa bila kita bertemu kawan-kawan di pejabat atau di mana-mana.  Persoalan ini ada kaitan dengan makanan dan cara pemakana kita sehari-hari.  Makanan kita menunjukkan siapa diri kita sebenarnya.  Oleh itu kita kena berhati-hati dengan semua benda yang kita makan.  Salah satunya ia akan memberi kesan pada kita 'angin dalam badan'.  Keadaan ini walaupun nampak kecil tapi ia boleh membuatkan kita tidak selesa dalam menjalani kehidupan seharian.

Apa yang kita makan sehingga badan rasa tidak selesa dan ber'angin'.  Kadang-kadang sesetengah makanan ok jer bagi orang lain tapi bagi kita tidak ok.  Contohnya kekacang, sayuran seperti kobis, brokoli taugeh asparagus dan terung.  Buah-buahan seperti pisang, epal dan mata kucing.  Minuman ringan dan produk dari susu.

Cara pemakanan kita juga memberikan kesan kepada badan.  Contohnya tidak mengambil sarapan pagi dan membiarkan perut kosong dari pagi sehingga tengahari.  Walau sesibuk manapun sarapan pagi WAJIB diambil untuk menjaga kecergasan dan kesihatan diri.  Macamana badan kita hendak mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk menjalani rutin kehidupan sehari-hari jika dibiarkan perut kosong.  Ibubapa perlu memastikan anak-anak mendapatkan sarapan pagi terlebih dahulu sebelum pergi ke sekolah.  Semoga anak-anak kita dapat belajar dengan tenang dan bersemangat tanpa gangguan atau terasa lapar.

Kita sekarang lebih suka menggabungkan sarapan pagi dan makan tengahari 'breaklunch' untuk menjimatkan masa.  Padahal untuk sarapan yang simple dan cepat sekeping roti dan air milo sudah memadai.  Tidak perlu pun sarapan dengan makanan yang berat seperti nasi lemak, mee goreng atau sebagainya.  Tapi jika ada apa salahnya.  Asalkan ada, makan sahaja lah.  Yang penting jangan dibiarkan perut kosong dan masuk angin.

Kalau perut dah masuk angin kena tahu pula cara nak keluarkan angin dalam badan.  Antaranya:

1.  Rendamkan halia dalam air panas dan minum airnya.

2.  Bakarkan bawang putih dan makan bawang tersebut.

3.  Rebuskan buah mata kucing yang kering bersama halia dan gula melaka.  Minum air tersebut semasa suam.

Pilih lah yang mana satu berkenan dan mudah.  Yang paling sedap rasanya yang no 3.  yang paling mudah  no 2 dan yang paling biasa no 1.  Sebab no 1 boleh order jer kat kedai tom yam bila keluar makan. Emmm kan....




No comments:

Post a Comment