Wednesday 24 December 2014

Banjir oh banjir

Teks :  Suzila Said

#entri : 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Minggu ini seluruh negara gempar dengan berita banjir.  Terutama negeri-negeri di pantai timur semenanjung Pahang, Terengganu dan Kelantan.  Tahun lepas 2013 nampaknya Pahang dan selatan negeri Terengganu seperti Kemaman dan Dungun terkena banjir yang teruk.  Tahun ini 2014 utara Terengganu Setiu dan Besut serta Kelantan mendapat ujian banjir yang hampir semua hubungan darat ke negeri Kelantan terputus.  Semoga Allah melindungi semua sahabat dan saudara mara di sana.

Terputus hubungan darat bermaksud terputus bekalan makanan dan minuman, pakaian dan apa saja pertolongan untuk di sampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di sana.  Bayangkan keadaan mereka di sana. Sedih dan hiba terasa, dalam keadaan kesejukan tanpa makanan yang mencukupi.  Mereka semua di sana sedang menanti bantuan dari pihak yang terlibat.  Ada beberapa mesej dari kawan-kawan di sana menyatakan bantuan sukar sampai ke sana kerana arus air terlalu deras.  Mereka yang berkumpul di satu bangunan sekolah sedang memerhati air terus naik dari tingkat satu ke tingkat dua dan mereka berkumpul di tingkat tiga dalam keadaan berjaga-jaga. Ada yang menyatakan seumpama satu mimpi dan tidak percaya dengan keadaan ini.  Tapi realitinya itulah dihadapi sekarang.  Mereka dalam kelaparan... kesian dengan anak-anak kecil.  Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini dengan sabar.  Sesungguhnya dalam keadaan ini pertolongan Allah pasti sampai semoga mereka sabar, bertawakkal dan memohon hanya pada Allah.

Tanah runtuh di sana sini dan rumah hanyut bagaikan sampan di lautan, jalanraya terbelah dan berlubang, rumah tenggelam, kereta hanyut, anak-anak hanyut runtum hati melihat keadan ini.  Ini semua ujian supaya kita semua berfikir yang ada kuasa yang lebih besar dalam mentadbir alam ini iaitu Allah S.W.T.  Sesungguhnya jika Dia katakan jadi...maka JADI lah sesuatu walaupun tak terfikir dek akal kita.  Apa yang boleh kita buat hanyalah memohon keampunan dariNya atas segala kesalahan dan kesilapan serta dosa kita dan memohon pertolongan dariNya.

Jom kita berdoa memohon agar ALLAH selamatkan mereka yang terkena musibah banjir ini.  Kita doakan agar mereka tetap bersabar dan beriman serta menerima takdir ini dengan redha.  

No comments:

Post a Comment